Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara adalah satu jawatan yang diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jawatan ini menjadi rebutan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau yang mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara yang bersifat rentas parti.[1]Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa majlis tersebut mestilah dipengerusikan oleh beliau selaku Perdana Menteri Malaysia bagi memudahkan segala pengurusan, pentadbiran dan kelulusan atas cadangan yang diutarakan.[2]Jawatan ini berbeza dengan Pengerusi Majlis Gerakan Negara kerana ia tidak dipengerusikan oleh seorang Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.[3]Jawatan ini juga dilantik sebagai Pengerusi bertaraf Menteri.[4] Tan Sri Muhyiddin telah menerima tawaran jawatan ini secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.[5]